SECANGKIR KATA TUAN PENGETUA

 

Bismillahhirahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam Sejahtera,
 
Tuan- tuan dan Puan-puan
Yang dikasihi,
 
DARI MEJA PENGETUA
 
          Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan segala puji-pujian dan merafaqkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas rahmatNya kepada kita sehingga dapat terus memikul amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita bagi sesi persekolahan 2014 dan dilanjutkan usia olehNya untuk menempuh bulan ramadan al-mubarak bagi tahun ini. Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKGS semoga ibadah yang telah kita lalui diberikan ganjaran terbaik olehNya.Setelah sebulan menjalani ibadah puasa , Hari Raya Aidilfitri pula menjelang tiba. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan sekira terdapat ketelajuran sepanjang kita bersama di SMKGS.
 
          Menerusi ruang dan kesempatan ini saya sekali lagi ingin mengingatkan diri saya dan tuan-puan agar sentiasa menjaga keikhlasan hati kita pada setiap detik kita melaksanakan kerja-kerja kita. Saya yakin, InsyaAllah dengan keikhlasan dan matlamat yang jelas kita akan mampu bekerja dengan mesra, bertolak ansur, komited dan seterusnya menjadi satu pasukan yang kukuh dan kuat untuk kita sama-sama membawa SMKGS ke tahap kecemerlangan yang maksimum.
 
          Dalam usaha kita melaksanakan amanah ini, sudah pasti kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Saya mengajak tuan-puan agar sentiasa bersikap positif dan terbuka dalam menghadapinya. Kita tangani setiap cabaran itu dengan tenang dan secara berpasukan. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang lebih matang, produktif dan sentiasa bersemangat untuk bekerja.
 
          Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada tuan-puan atas sokongan dan kerjasama yang telah tuan-puan berikan kepada pihak sekolah sepanjang tahun. Semoga kita diberi kekuatan dan petunjuk agar kita dapat mencurahkan sepenuh tenaga  untuk melonjakkan  SMKGS   ke puncak kecemerlangan .
 
 
SMKGS PASTI UNGGUL
 
Sekian, wassalam dan terima kasih.
 
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
This entry was posted on September 12, 2012.