Sejarah Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNUNG SEMANGGOL., TEBOK PANCUR, 34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL, PERAK ADALAH SEBUAH SEKOLAH LUAR BANDAR. SEKOLAH INI TERLETAK LEBIH KURANG 25KM DARI BANDAR BAGAN SERAI DAN BANDAR TAIPING. KEWASAN SEKELILING ADALAH DUSUN BUAH-BUAHAN, SAWAH PADI DAN PERGUNUNGAN GUNUNG SEMANGGOL.

SEKOLAH INI DIMULAKAN PADA TAHUN 1989 DENGAN MENUMPANG BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUDZAFFAR SHAH, SIMPANG EMPAT SEMANGGOL PADA 01.01.1989 HINGGA SEPTEMBER 1990. SEKOLAH MEMULAKAN OPERASI DENGAN HANYA 8 ORANG GURU , 117 ORANG PELAJAR DAN SEORANG PEGAWAI KERANI. BILANGAN BILIK DARJAH PADA MASA ITU ADALAH SEBANYAK 4 BUAH SAHAJA.

PADA BULAN OKTOBER 1990, SEMUA PELAJAR, GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH BERPINDAH KE BANGUNAN SEKARANG DI TEBUK PANCHUR.

PENGETUA PERTAMA: ENCIK HOSNI BIN ABD. RAZAK                            01.01.1989 HINGGA 31.5. 1991.

PENGETUA KEDUA :     PN. HJH NORIAH BT DERMAWAN                     16.06.1991 HINGGA 16.01.1998

PENGETUA KETIGA :    TN. HJ IBRAHIM BIN MOHAMMAD                      17.01.1998  HINGGA 15.12.2001

PENGETUA KEEMPAT ;PN.HJH AISHAH BT AHMAD                                02.04.2001  HINGGA 30.06.2006

PENGETUA KELIMA :    PN.OMMI KALSOM BINTI MOHAMAD                  01.07.2006 HINGGA 15.02.2008

PENGETUA KEENAM : EN. ABDUL KHADIR JALANI BIN MOHAMAD   16.02.2008 HINGGA  JUN 2011.

PENGETUA KETUJUH : PUAN HAJJAH RASHIDAH BT ABDUL MANAN JUN 2011 HINGGA SEKARANG

KELUASAN KESELURUHAN ADALAH KIRA-KIRA 20 EKAR. SEBAHAGIAN BESAR KAWASAN INI ADALAH TANAH BERBUKIT MANAKALA TANAH PAMAHNYA HANYA SEKITAR 5 EKAR SAHAJA YANG MENJADIKAN REKABENTUK SEKOLAH INI AGAK ISTIMEWA. SEKOLAH INI MEMPUNYAI 4 BLOK BANGUNAN, 1 BLOK BANGUNAN MAKMAL KOMPUTER DAN 1 BLOK BANGUNAN KEMAHIRAN MANIPULATIF. PENDUDUK SEKITAR TERDIRI DARI DARI KAUM MELAYU YANG BEKERJA SENDIRI SEBANGAI NELAYAN DAN PETANI.